Showing posts with label usahawan berjaya. Show all posts
Showing posts with label usahawan berjaya. Show all posts

Monday, April 18, 2011

So...HOW TO MAKE YOUR 1ST MILLION??

Contohilah Datuk Maznah Hamid, Ramly Mokni, Rozita Ibrahim, dan banyak lagilah IKON business yang dah berjaya termasuk lah mereka-mereka ini!!



Antara most respected mentor atau my "big sifu" CDM Abang Lan  & CDM Kak Ana...

Income dah RM1.5 Million/month after 8th years in business..subhanallah...

Yes, mesti jadi macam mereka-mereka ni, dah dapat dah FINANCIAL FREEDOM yang semua orang impi-impikan..bestnya..:)

"The hardest is to make your 1st Million, the next 2, 3, ....you will find it easy" - Robert Kiyosaki

Mungkin kita cakap Datuk Maznah, Irfan Khairi, Ramly Burger, Tony Fernandez, dan Rozita Ibrahim ni diorang are very lucky sebab terjumpa 'Niche' idea atau Multi-million business idea, tapi it really-really different dengan Kak Ana dan Abg Lan nie. Empayar bisnes mereka terbuka untuk sesiapa sahaja termasuk kita orang biasa yang tak tahu selok belok perniagaan. Di sinilah platform telah disediakan untuk kita menceburi bidang perniagaan tanpa perlu bermodal besar, tanpa perlu overhead, tanpa perlu membayar gaji pekerja. Kita manage 'Business Owner', memang jauh lebih baik dan kurang berisiko daripada managing pekerja. At the same time, mentor sentiasa bersama, jatuh bangun bisnes kita Kak Ana dan Abg Lan sentiasa bagi support dan tunjuk ajar sampai jadi.

Hanis, my direct mentor selalu cakap,
"Nora, insya Allah u akan dapat apa yang I, Kak Ana & Abg Lan dapat skarang, kerana kita berada di landasan yang sama, peluang yang sama"...

Hanis - Monthly income RM200,000
at the age of 26!
 And of course like sifu like (like apa eh), I am millionaire in the making INSYA ALLAH..I have found the opportunity introduced by them. And YOU ALL too, can do it!

Bukan susah pun, kita business pakaian dalam utk ladies and business bengkung untuk guys, usahakan secara konsisten, dream big, look far into our future, kita pun boleh jadi MILLIONAIRE. Jom!

For further inquiry boleh email / sms Nora:

Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Ramly Burger

Siapa tak pernah makan burger Ramly?!! Mesti semua pernahkan. Kali ini Nora nak share satu lagi kisah kejayaan usahawan Melayu yang tidak asing lagi sejak 20 tahun lalu - Ramly Mokni, pengasas dan pemilik Ramly Burger.


Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. 

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

"If you envy successful people, you create a negative force field of attraction that repels you from ever doing the things that you need to do to be successful. If you admire successful people, you create a positive force field of attraction that draws you toward becoming more and more like the kinds of people that you want to be like."-Brian Tracy