Sunday, May 15, 2011

MY NEW HOME - PLEASE VISIT www.noraalwi.com

To all my frens out there;
Feel free to visit my new blog at:

This blog will no longer active ya,
THANKS FOR YOUR SUPPORT!

Monday, April 25, 2011

My 1st biz trip - Hong Kong here we come!!

Syukur alhamdulillah..memang tak sangka sangat-sangat boleh qualify ke Hong Kong walaupun baru sangat-sangat lagi dalam biz ni! Hari ni surat offer sampai, berdebar-debar nak buka sebab biasanya sekali jer surat sampai dalam masa sebulan i.e. penyata bonus. Rasa nak senyum ada, nak menjerit ada, terharu pun ada bila buka letter ni..


Wehuuu!! Seronok sangat sebenarnya..My free Hong Kong trip ni memang Nora tak pernah impikan sebab rasa macam siapa lah aku nak dibandingkan dengan usahawan-usahawan lain yang lagi hebat. Cewahh.. Tapi we never know our potential sebenarnya, apa yang kita mampu lakukan. Eeeee sampai skrg ni still rasa tak caya lagi :)

Teringat petikan ceramah Ustaz Kazim yang bertajuk : "Berjiwa Besar" katanya " Kita orang Islam mesti berjiwa besar, dan sanggup hadapi kegagalan baru kita boleh berjaya. Orang Indon datang Malaysia berjiwa besar boleh jadi kaya raya, jangan jadi macam Kassim Selamat jiwanya sangat kecil apabila ibu mertuanya tidak izinkan dia berkahwin dengan Sabariah kerana dia adalah seorang pemain music, menangis sampai buta, walhal ubatnya hanya perlu berusaha cari la pekerjaan lain. Segala masalah dalam dunia ubatnya ada pada kita, tak boleh cara ni, buat cara lain, janji mahu berjiwa besar atau berpandangan jauh". Memang menarik ulasan Ustaz ini.

Jadi Insya Allah kita semua pun boleh lakukannya. Dalam biz ni pintu kejayaan yang lebih besar aka duit besar heheh... akan terbuka dengan terbukanya pintu kejayaan yang kecil-kecil contonhnya macam melancong free ni. Bila dapat melancong free, actually income pun 4-5 figure dalam genggaman dah tau! Tu yang best tu buat biz..And yang bestnya peluang perniagaan ni juga terbuka untuk semua termasuk anda!!

Untuk tau tentang opportunity ni feel free to email me or call me at:

10 pagi - 10 mlm
cewahh macam opening time kedai Secret Recipe pula :)

I am more than happy to share my biz opportunity with uolls!

Monday, April 18, 2011

So...HOW TO MAKE YOUR 1ST MILLION??

Contohilah Datuk Maznah Hamid, Ramly Mokni, Rozita Ibrahim, dan banyak lagilah IKON business yang dah berjaya termasuk lah mereka-mereka ini!!



Antara most respected mentor atau my "big sifu" CDM Abang Lan  & CDM Kak Ana...

Income dah RM1.5 Million/month after 8th years in business..subhanallah...

Yes, mesti jadi macam mereka-mereka ni, dah dapat dah FINANCIAL FREEDOM yang semua orang impi-impikan..bestnya..:)

"The hardest is to make your 1st Million, the next 2, 3, ....you will find it easy" - Robert Kiyosaki

Mungkin kita cakap Datuk Maznah, Irfan Khairi, Ramly Burger, Tony Fernandez, dan Rozita Ibrahim ni diorang are very lucky sebab terjumpa 'Niche' idea atau Multi-million business idea, tapi it really-really different dengan Kak Ana dan Abg Lan nie. Empayar bisnes mereka terbuka untuk sesiapa sahaja termasuk kita orang biasa yang tak tahu selok belok perniagaan. Di sinilah platform telah disediakan untuk kita menceburi bidang perniagaan tanpa perlu bermodal besar, tanpa perlu overhead, tanpa perlu membayar gaji pekerja. Kita manage 'Business Owner', memang jauh lebih baik dan kurang berisiko daripada managing pekerja. At the same time, mentor sentiasa bersama, jatuh bangun bisnes kita Kak Ana dan Abg Lan sentiasa bagi support dan tunjuk ajar sampai jadi.

Hanis, my direct mentor selalu cakap,
"Nora, insya Allah u akan dapat apa yang I, Kak Ana & Abg Lan dapat skarang, kerana kita berada di landasan yang sama, peluang yang sama"...

Hanis - Monthly income RM200,000
at the age of 26!
 And of course like sifu like (like apa eh), I am millionaire in the making INSYA ALLAH..I have found the opportunity introduced by them. And YOU ALL too, can do it!

Bukan susah pun, kita business pakaian dalam utk ladies and business bengkung untuk guys, usahakan secara konsisten, dream big, look far into our future, kita pun boleh jadi MILLIONAIRE. Jom!

For further inquiry boleh email / sms Nora:

Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Datuk Maznah Hamid

Seorang lagi contoh USAHAWAN WANITA tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady' menjadi ikon pilihan Nora. Jom ikuti kisah beliau...
TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid.

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.
 
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
 
Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.
 
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.

"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense." - Ralph Waldo Emerson

Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Ramly Burger

Siapa tak pernah makan burger Ramly?!! Mesti semua pernahkan. Kali ini Nora nak share satu lagi kisah kejayaan usahawan Melayu yang tidak asing lagi sejak 20 tahun lalu - Ramly Mokni, pengasas dan pemilik Ramly Burger.


Ramly Mokni merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain.  Kejayaannya bukanlah dapat  dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan.  Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari gerai menjual burger sehingga membuka kilang untuk mengeluarkan daging burger dari 300 keping sehari kepada 30 tan daging sehari selepas 20 tahun dengan jualan tahunan kini mencatat RM100 juta.

Daripada pemerhatian beliau semasa bekerja sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti halal haramnya, telah mencetuskan idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditanggung halal untuk dimakan oleh umat Islam di negara ini.  Sifat beliau ini jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang bijak merebut peluang dan berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.  Selain itu, beliau tidak pernah putus asa walaupun usahanya pernah diperlekehkan oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. 

Ramly mengembangkan perniagaannya dengan menghasilkan produk-produk lain termasuk nuggets, fritters termasuklah jejari dan bebola daging dan ayam. Jenama Ramly Burger bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di Singapore juga.

Ramly juga telah dinobatkan sebagai Usahawan Melayu Cemerlang pada tahun 2006. Beliau telah membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Bagi beliau kemahuan, tekad dan komitmen yang jitu telah membawanya ke gerbang kejayaan.

"If you envy successful people, you create a negative force field of attraction that repels you from ever doing the things that you need to do to be successful. If you admire successful people, you create a positive force field of attraction that draws you toward becoming more and more like the kinds of people that you want to be like."-Brian Tracy

Thursday, April 14, 2011

Kisah Kejayaan Ikon Business di Malaysia - Rozita Ibrahim

Mungkin kita dilahirkan dalam keadaan yang serba cukup dan sentiasa rasa comfort sehingga kini. Tetapi tidak bagi beberapa ikon bisnes tersohor di Malaysia. Di sini Nora share kisah kejayaan seorang Usahawan wanita berjaya Rozita Ibrahim, pengasas Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd.

WANITA ini mengakui pernah menjadi penoreh getah, hidup penuh kedaifan dan serba kekurangan hinggakan pada suatu ketika bayinya diberi minum sirap bagi menggantikan susu. Kepayahan dan penat jerihnya tidak berbayar dengan kesenangan malah ia pernah meragut nyawa anak keduanya yang sakit dan lumpuh ekoran tidak berwang untuk mendapatkan rawatan terbaik.

"Selepas menjalani episod duka yang berterusan saya mengambil keputusan menghasilkan perniagaan sendiri. Alam semula jadi paling hampir dengan kehidupan saya sejak kecil dan saya akui pernah menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubat anak kedua yang sakit dan lumpuh semasa saya hidup susah.
Bermodalkan RM400 saya mulakan perniagaan dengan menjadikan herba sebagai sandaran. Untuk meyakinkan pelanggan, saya gemukkan badan, kemudian makan dan amalkan produk yang dijual dan hasilnya memuaskan. Saya lakukan sebanyak tiga kali dan mula menjual dari rumah ke rumah. Sambutan yang diterima menggalakkan dan mendorong saya menubuhkan Sendayu Tinggi Enterprise pada awal tahun 2000 dengan menyewa kedai di Plaza Majlis Perbandaran Klang."

"Syukur, seperti yang direncanakan, perniagaan saya berkembang maju dan sambutan terhadap produk Sendayu Tinggi amat menggalakkan terutama produk pelangsingan badan. Kebetulan ketika itu kebanyakan masyarakat kembali menggunakan produk warisan nenek moyang terutama herba yang sekali gus meningkatkan jualan.
Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan yang penuh persaingan dan dugaan, saya mengambil keputusan meluaskan empayar. Kini Sendayu Tinggi Enterprise menubuhkan Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. dan mempunyai sembilan anak syarikat termasuk Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn. Bhd., Sendayu Tinggi Body & Skincare (M) Sdn. Bhd. dan Sendayu Tinggi Cosmetics & Fragrances (M) Sdn. Bhd.."

"Rozita mengakui kehidupan yang dinikmatinya pada hari ini adalah hasil dari usaha yang tidak mengenal jemu dan letih. Zaman kesusahannya menjadi nostalgia dan sekarang adalah masa untuk beliau menikmati kehidupan diatas segala usahanya selama ini"

"20 years from now you will be more disappointed by the things that you didn't do than the ones you did do. So throw off the bowlines. Sail away from the safe harbor. Catch the trade winds in your sails. Explore. Dream. Discover." - Mark Twain

Wednesday, April 13, 2011

Business..Business..It is the way to go

Terbaca blogger url: www.duniapuanseri.blogspot.com ada buat review tentang budget bulan seisi rumah. Boleh click kat URL utk tgk bajet PuanS yang Nora percaya lebih kurang sama dengan bajet kebanyakan dari kita. Silap haribulan boleh jadi negative!



So ramai yang sedar kepentingan kena boost income bukan let it 'burst'. Tapi lack of confidence...takut nak take risk...fear of failure..Biasala tu..saya pun sama :) ..Tapi Nora fikir satu jer..untuk dapatkan sesuatu yang kita tak pernah miliki, kena willing untuk buat sesuatu yang kita tak pernah buat.

So teragak-agak, tapi buka juga langkah pertama...RESEARCH atau kaji..buka peluang untuk diri sendiri..

Kaji apa option yang kita ada..Now makan gaji dengan degree holder...Dah 5 thn keja still takder perubahan, gaji naik setiap thn tapi kenapa masih ditakuk sama?..Tepuk dada tanya selera!

2ndly - Nak buat bisnes la..Yess..BUSINESS is the way to go! Ganda usaha, ganda tenaga dan pulangan pun berganda!

"JADILAH OPPORTUNIST YANG SENTIASA MENCARI PELUANG. JANGANLAH MENJADI EMPLOYEE YANG TERLALU SELESA DENGAN KEDUDUKAN SEKARANG."

Feel free to contact me,I am more than happy to share my opportunity.