Monday, April 18, 2011

Kisah Kejayaan Ikon Business Malaysia - Datuk Maznah Hamid

Seorang lagi contoh USAHAWAN WANITA tersohor tanah air, Datuk Maznah Hamid atau sinonim dengan gelaran 'Iron Lady' menjadi ikon pilihan Nora. Jom ikuti kisah beliau...
TANPA keberanian, impian hanya tinggal impian..Inilah kata-kata hikmah Iron Lady Malaysia ini yang telah membawanya ke puncak kejayaan pada hari ini. Menjalankan perniagaan kawalan keselamatan menuntut keberanian yang luar biasa. Kata Pengarah Eksekutif, Kumpulan Securiforce Sdn. Bhd. (Securiforce), Datuk Maznah Hamid.

Maznah merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan. Antara lain, Securiforce menyediakan perkhidmatan van sekuriti dan kawalan bangunan. Setelah beroperasi selama hampir 29 tahun, Securiforce kini bangga dapat menyaingi lebih 400 syarikat seumpamanya di negara ini.
 
“Orang mungkin lihat kami sudah berjaya dan kaya raya. Tetapi bagi kami, pencarian belum berakhir,” ujar anak kelahiran Jerlun, Kedah, ini.
 
Impikan waktu 36 jam sehari, Maznah mengakui, beliau dan suami suka mempelajari sesuatu yang baru. “Latihan secara praktikal dan pengalaman bekerja lebih penting berbanding segulung ijazah,” jelas beliau yang sering mengimpikan alangkah baiknya jika terdapat 36 jam dalam sehari berbanding 24 jam sahaja. Selain mengepalai syarikat keselamatan, Maznah juga terlibat dalam bidang hartanah dan pembangunan sumber manusia.
 
Sedikit sejarah hidup Datuk Maznah Hamid yang boleh dikongsi ialah permulaan beliau memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan kawalan keselamatan. Tahukah anda beliau hanya bermodalkan RM5000 sahaja semasa memulakan perniagaan kawalan keselamatan pada tahun 1981.Pada awal pembabitan dalam perniagaan ini, beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada bill collector,peronda dan pengawal keselamatan sendiri.

Disinilah sebenarnya beliau dapat melihat bagaimana operasi perniagaan ini berjalan dan segala permasalahan dapat beliau atasi dan perbaiki. Kecekalan dan kesungguhan beliau membuatkan syarikat beliau berkembang kepada 50 buah cawangan diseluruh negara dengan kelengkapan alat kawalan keselamatan yg moden dan terkini.

Kejayaan beliau memang dicemburui banyak pihak tertuamanya bagaimana beliau dapat menjalankan perniagaan tanpa sesenpun bantuan dari pihak bank. Bagi beliau, modal sebenar dalam perniagaan adalah diri kita sendiri. Beliau sangat komited dalam mendidik masyarakat tentang dunia keushawanan dan kejayaan. Penubuhan MMC (Maznah Motivational Centre) adalah bukti kesungguhan beliau dalam mendidik masyarakat dan melahirkan ramai lagi usahawan yg berjaya.

Beliau kerap kali mengesa supaya kita menjadi orang yg berani merebut kejayaan dan peluang dan bukan sekadar menjadi pemerhati dalam kejayaan orang lain.

"Finish each day and be done with it. You have done what you could; some blunders and absurdities have crept in; forget them as soon as you can. Tomorrow is a new day; you shall begin it serenely and with too high a spirit to be encumbered with your old nonsense." - Ralph Waldo Emerson

1 comment:

  1. mohon izin utk share artikel kejayaan tokoh usahawan di blog saya

    http://motivationsminds.blogspot.com/

    ReplyDelete